SEJARAH

SEJARAH SURAU AR-RAUDHAH

Surau SAMTTAJ mula dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991 dengan bangunan yang mengandungi 2 tingkat iaitu surau dibahagian atas dan perpustakaan di bahagian bawah.  Tujuan pembinaan surau ini adalah:

1. Menggabungkan jemaah yang berada di 3 buah surau di SAMTTAJ.
2. Menampung kekurangan tempat di surau-surau tersebut.
3. Menjalankan aktiviti agama dalam keadaan yang selesa.

Pembinaan surau ini dibiayai dengan menggunakan wang sumbangan/ derma daripada ibubapa dan masyarakat serta bantuan daripada JAIS dan MAIS.  Pengetua pada ketika pembinaan surau ialah Ustaz Mohd. yunus b. Abdul Hamid.  Manakala Guru SAMTTAJ yang gigih mengetuai projek surau ini ialah Ustaz Jamali b. Sajat yang sangat komited menjalankan tugas ini. Kontraktor yang dilantik dan bertanggungjawab dengan projek ini ialah Syarikat Pantai Bharu Holdings.

Sumber: Pn. Norliza bt. Sharmen, Guru SAMTTAJ sejak 1988.

No comments:

Post a Comment